TAUTAN

1. TAUTAN 
Ciri ini merujuk kepada cara komponen permukaan teks, iaitu kata yang kita dengar atau lihat, saling berkaitan dalam suatu urutan. Tautan berkait dengan kebergantungan, iaitu susunan kata secara gramatis dan mengikut konvensyen. Contoh urutan, Perlahan, kanak-kanak bermain berbanding dengan Kanak-kanak bermain perlahan. Tautan didefinisikan sebagai hubungan antara sesuatu unit teks dengan unit teks yang lain melalui peranti tautan. Hubungan bentuk linguistik ini boleh berlaku secara hubungan semantik. Unit teks di sini sama dengan konsep ayat manakala peranti tautan merujuk kepada jenis tautan yang membentuk teks. Tautan hanya melibatkan hubungan endoforik dan bukan eksoforik. Hubungan eksoforik merujuk kepada yang di luar teks. Contohnya: rajah, gambar atau lakaran yang dirujuk oleh teks. Atau entiti yang berada di luar dunia teks, misalnya Orang itu dalam ayat Orang itu datang. Yang dirujuk orang yang sedang berjalan.

MODEL TAUTAN PINDAAN (MTP)

Peta minda di bawah menunjukkan tautan utama:


Post a Comment

Previous Post Next Post