RUNTUTAN

Runtutan bermaksud koheran. Webster dalam Tarigan menyatakan koheran adalah hubungan yang cucuk dan sesuai atau ketergantungan antara satu sama lain yang rapi, beranjak dari hubungan-hubungan alamiah bahagian-bahagian atau hal-hal satu sama lain, seperti bahagian-bahagian wacana atau argumen-argumen suatu rentetan penalaran. Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid et.al (2018), mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Secara kesimpulanya, runtutan dapat difahami sebagai kaitan sesuatu ujaran secara logik bagi memberi kefahaman kepada pembaca. Menurut F.J Angelo dalam Tarigan, Koherensi atau runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan, pertentangan, hasil, contoh, paralel, lokasi, dan waktu. Perbincangan ini melibatkan beberapa cirii yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas.


Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri runtutan dalam wacana:


F. J Angelo dan Harimurti Kridalaksana dalam Mohd Rashid Md Idris et. al (2018) menyatakan terdapat 15 ciri-ciri runtutan dalam wacana. Namun, setelah dibuat perbincangan berikut merupakan sembilan ciri-ciri bagi runtutan berdasarkan tokoh-tokoh tersebut.


1. Aditif dan Penambahbaikan

Aditif digunakan untuk memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya (Tatabahasa Dewan, 2008). Terdapat pelbagai jenis aditif seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, di samping itu dan sebagainya. 

Sebagai contohnya:

Dia disukai ramai kerana selalu menolong orang kampung. Tambahan pula, dia seorang pemimpin yang adil. Dia juga seorang yang murah hati dan prihatin terhadap masalah penduduk Taman Desa Indah.


2. Rentetan

Rentetan digunakan sebagai penanda bagi memperkatakan sesuatu secara berurutan. Kebiasaannya digunakan untuk menjelaskan seseuatu proses. Antara kata yang menunjukkan rentetan ialah pertama, kemudian, selepas itu, setelah itu, akhir sekali dan sebagainya. 

Sebagai contoh:

Sebagai pagi selepas bangun tidur, aku akan mengemas katil. Kemudian aku akan pergi ke tandas untuk membersihkan diri. Selepas itu, aku melakukan tugasku sebagai umat Islam dengan menunaikan solat subuh. Setelah itu, aku akan bersarapan sebelum ke kelas. Akhir sekali, aku menunggu bas untuk ke kampus.


3. Pengulangan

Pengulangan digunakan bagi memberi penegasan sesuatu maklumat yang diperkatakan. Apabila perkara tersebut diulang berkali-kali, pembaca lebih memahami topik yang diperkatakan. 

Sebagai contoh:

Ibu adalah orang yang paling berjasa dalam hidup seseorang insan. Hal ini disebabkan ibu adalah orang yang melahirkan kita. Ibu menyuapkan makanan kepada saya. Ibu adalah wanita yang menyusukan saya. Tambahan pula, ibu berjaga siang dan malam demi menjaga saya semasa sakit. Betapa besarnya jasa ibu kepada diri ini.


4. Penekanan 

Penekanan digunakan bagi meningkatkan kekoherensifan wacana dalam sesuatu teks atau perkara yang diperkatakan. Antara kata yang memberi penekanan ialah sesungguhnya, bahawasanya, sungguh, sememangnya, nampaknya dan sebagainya. 

Sebagai contoh:

1. Sungguh nakal kucing itu.

2. Bahawasanya pelajaran sejarah wajar diajarkan kepada pelajar-pelajar dan orang ramai.

3. Dia memang seorang yang kedekut.


5. Hubungan Keseluruhan dan Bahagian.

Ciri ini memerlukan penulis mahupun pengujar mengutarakan sesuatu perkara secara generalisasi, kemudian diceritakan tentang bahagian-bahagian tertentu dalam perkara yang dibincangkan. 

Sebagai contoh:

Ali membeli buku bahasa Melayu yang baru. Buku tersebut mengandungi tiga bab utama yang terdiri daripada tatabahasa , karangan serta rumusan. Setiap bab pula mempunyai beberapa subtopik yang disusun dalam perenggan-perenggan tertentu.


6. Hubungan Hasil dan Kegagalan

Hubungan hasil dan kegagalan menerangkan keadaan sesuatu hasil yang akhirnya menemui kegagalan selepas sesuatu tindakan. Hubungan hasil dan kegagalan hanya dapat dikenal pasti melalui pembacaan atau pendengaran keseluruhan teks atau ujaran. Hubungan ini dapat dikenal pasti melalui perkataan tertentu sahaja seperti runtutan rentetan. 

Sebagai contohnya:

1.Rumah itu sangat cantik dan direka oleh arkitek terkenal di Malaysia.

2.Sayangnya, rumah itu runtuh apabila berlaku ribut taufan.


7. Hubungan Perbandingan

Hubungan perbandingan dapat dilihat melalui perbandingan dua perkara, keadaan atau situasi. Perbandingan akan meningkatkan koherensi sesebuah teks. Peningkatan koherensi akan meningkatkan peningkatan tujuan dan penerimaan sesuatu teks. 

Sebagai contoh:

Petikan di atas menunjukkan perbandingan antara penghuni lelaki dan wanita di Taman Desa. Kata hubung perbandingan manakala digunakan untuk membandingkan dua ayat yang berbeza. Perenggan seterusnya turut menunjukkan perbandingan antara peringkat pertama dan kedua. Kesimpulannya perbandingan sesuatu perkara dapat dilihat dalam ayat yang sama ayat dan perenggan yang berlainan. Perbandingan dapat dikenal pasti melalui penggunaan manakala, berbandingan dan berbeza. Selain perbandingan dapat dilihat melalui keseluruhan teks.


8. Hubungan Ibarat 

Hubungan ibarat dapat dilihat melalui penggunaan peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan. Penggunaan peribahasa penting bagi memberi kefahaman yang utuh kepada pembaca mengenai perkara yang diperkatakan. Perkara tersebut menjadi sangat jelas dengan menggambarkan melalui ibarat. 

Sebagai contohnya di bawah:

1. Dia sangat cantik seperti bulan dipagari bintang.

2. Ahmad ibarat kaki bangku kerana dia tidak pandai bermain bola.


Ayat di atas menunjukkan penggunaan hubungan ibarat bagi menjelaskan lagi ayat yang diperkatakan. Hubungan ibarat ini boleh dilihat pada kata yang menggunakan perkataan seperti, ibarat, umpama dan bagai. Walaupun tidak mempunyai kata ibarat, peribahasa juga boleh digunakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan, di mana peribahasa tersebut perlulah bersesuaian dengan ayat yang digunakan. Kelebihan menggunakan kata ibarat adalah memudahkan pembaca atau pendengar untuk lebih memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.


9. Hubungan Tujuan 

Hubungan tujuan digunakan bagi menggambarkan sesuatu tindakan. Sesuatu tujuan penting dalam meningkatkan lagi kefahaman pembaca.

Sebagai contoh:

“Sarah bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus Sejarah yang diberikan oleh gurunya tanpa mengira siang dan malam. Dia berharap dapat menyelesaikan tugasan tersebut tepat pada waktunya”.


Petikan tersebut menunjukkan hubungan tujuan. Hubungan tujuan ini dapat dikenal pasti melalui perkataan sahaja tetapi perlu difahami melalui keseluruhan konteks ayat. Ayat pertama dalam petikan menunjukkan perbuatan Sarah. Pada akhir perenggan pula dinyatakan tujuan Mia melakukan tindakan sedemikian.


Post a Comment

Previous Post Next Post