TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

 

Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis tautan penghubung ayat:

1. Tautan Penghubung Ayat Tambahan
Penghubung ayat yang menandai ciri makna “menambah” unsur sebelum dengan unsur selepas penghubung itu. Ciri menambah ini juga termasuk pisahan atau pilihan dan penegasan.

Contoh: “Tanah air … rakyatnya. Dan kita … sekarang.”

2. Tautan Penghubung Ayat Tentangan 
Hubungan unsur sebelum dan selepas dengan makna yang “bertentangan” seperti yang tergambar pada penghubung ayat tersebut.

Contoh: “Perintah berkurung … tersebut. 
Bagaimanapun ini … buruk.”

3. Tautan Penghubung Ayat Sebab-musabah
Menjelaskan hubungan unsur sebelum dengan selepas dengan makna alasan, akibat, tujuan atau syarat yang ditunjukkan melalui penghubung ayat.

Contoh: “Dalam masyarakat … di masa depan. 
Berhubungan dengan ini, … .”

4. Tautan Penghubung Ayat Waktu
Merujuk kepada hubungan makna yang wujud antara unsur yang sebelum dengan yang selepas seperti pada penghubung ayat yang menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan dan lampauan.

Contoh: “Memutuskan … mereka. Sekarang pun penuntut-penuntut … Indonesia.” 

5. Tautan Penghubung Ayat Terusan
Agak rencam dan memuatkan penghubung ayat yang tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat yang lain. Namun, masih dapat dipertahankan kewujudannya dengan mempunyai maksud unsur yang sebelum dengan yang selepas dalam hubungan penerusan, dan biasanya dalam nada rendah sistem fonologi.

Contoh: “Pihak-pihak … sendiri. 
Sekarang terserahlah … sendiri.”


Post a Comment

Previous Post Next Post