TAUTAN KOLOKASI

 


Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis tautan kolokasi:

1. Antoniman
Hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan.

Contoh: “… yang cinta damai… .
… kejadian-kejadian kacau-bilau… .”
 
2. Kohiponiman
Keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinat dengan ordinatnya, atau antara hiponim, atau termasuk meronimi, iaitu hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh, atau antara unsur sebahagian daripadaentiti yang menyeluruh.

Contoh: “… suasana di Pulau Pinang… .
… kekacauan di Pulau Pinang itu … .”

3. Kolokasi Hasil
Keberadaan hubungan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain, atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.

Contoh: “Perintah berkurung … .
… bahawa kekacauan di Pinang itu… .”

4. Kolokasi Sifat 
Keberadaan hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat, atau unsur sifat daripada entiti punca sifat.

Contoh: “Perintah berkurung … .
… telah dapat mempertenangkan … .”


Post a Comment

Previous Post Next Post