PENGENALAN

ASAS ANALISIS WACANA DALAM BAHASA MELAYU

Wacana merupakan satu penelitian bahasa untuk berkomunikasi dan memiliki unit bahasa yang paling lengkap. Wacana juga melampaui batas ayat, memiliki kesinambungan ayat dalam teks  dan boleh menyampaikan mesej. Wacana merupakan padanan istilah discourse dalam BI, discours dalam bahasa Perancis , al-makalah dalam bahasa Arab dan tamhwa dalam bahasa Korea.

    Wacana telah didefinisikan oleh Crystal sebagai satu regangan bahasa yang mempunyai kesinambungan terutamanya apabila melibatkan lisan dan juga pertuturan yang lebih besar daripada ayat dan sering membentuk satu unit yang berkesatuan seperti khutbah, hujah, atau cerita. Menurut Asmah Hj. Omar (1980), wacana merupakan unit-unit bahasa yang melampaui batas ayat. Beliau berpendapat bahawa wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan kesatuan  dan hubungan antara idea dan perkembangan di dalamnya. Berdasarkan kenyataan Fairclough (2003), beliau telah mentakrifkan wacana sebagai satu pandangan spesifik  tentang penggunaan satu unsur  kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain. Kesimpulannya, wacana boleh disimpulkan sebagai satu kesatuan bahasa yg lengkap yang memang digunakan untuk berkomunikasi dan memiliki makna. Menurut (Stubbs, 1983:10), wacana merupakan satu kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat dan juga klausa. Secara dasarnya, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat dan klausa melibatkan percakapan atau teks bertulis. 

Menurut Henry Gunter Taringan (1995: 36), wacana adalah satuan bahasa yang lengkap dan tertinggi dan melibatkan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau bertulis.


Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri wacana:


Rajah 1: Ciri-ciri wacana


Beza antara Wacana dan Teks

  • Wacana
Merupakan satu urutan bahasa yang melebihi satu ayat yang berterusan dan sering membentuk satu unit yang bertautan dan mempunyai makna.
Contoh: Khutbah, hujah jenaka mahupun naratif)

  • Teks
Merupakan urutan bahasa sama ada lisan misalnya khutbah atau bertulis yang bertaut dan bermakna serta dapat digunakan bagi tujuan analisis. Ada yang menganggap teks sebagai set rakaman bertulis terhadap sesuatu peristiwa komunikasi.

Beza antara Analisis Wacana dan Analisis Teks ialah:

  • Analisis Wacana
  1. Mengkaji dengan mendalam fungsi dalam bahasa yang digunakan.
  2. Tujuan sesuatu bahasa digunakan.
  3. Analisis mengenai bahasa dalam konteks sosial dan kognitif.
  4. Mengkaji fungsi bahasa dalam kehidupan manusia.
  5. Analisis linguistik terhadap wacana lisan atau tulisan.
  6. Analisis terhadap teks yang bakal membentuk praktis sosial.
  • Analisis Teks
  1. Mengkaji sistem bahasa terhadap teks yang melibatkan aspek bunyi, kata, frasa, ayat, dan struktur teks atau wacana.
  2. Kajian bersifat menegak iaitu tidak terperinci.

Manfaat Analisis Wacana

Analisis wacana telah bergerak mendeskripsi struktur bahasa melampaui batas ayat. Misalnya, analisis makrostruktur wacana berita akhbar oleh Van Dijk (1988), dengan melihat longgok sebenar teks dan membekalkan deskripsi tentang struktur perenggan, cerita dan perbualan (misalnya, Sinclair & Coulthard 1975; Jones 1977). Dalam bidang semantik, penganalisis wacana cuba menjawab persoalan tentang apa yang berlaku dalam lakuan bahasa yang lebih besar (wacana) berbanding dalam kata atau frasa. Analisis wacana telah memberi sinar tentang bagaimana makna boleh dibayangkan melalui susunan pecahan maklumat dalam siri ayat (misalnya melalui teori Tema dan Rema) atau bagaimana pameran mengambil gilir dan respon dalam perbualan. Analisis wacana juga mampu menjelaskan bagaimana penutur menunjukkan niat semantiknya dan bagaimana pendengar mentafsir apa yang didengar, dan kebolehan kognitif yang mendasari simbol yang digunakan oleh manusia (misalnya, melalui kajian kognitif wacana oleh Van Dijk & Kintch (1983).


Implikasi Analisis Wacana
  • Ahli wacana membantu guru mengenal pasti ciri-ciri utama pelbagai jenis atau laras teks, sama ada teks akademik, surat perniagaan ataupun surat rasmi kerajaan.
  • Analisis wacana dalam bilik darjah seperti analisis terhadap interaksi guru-pelajar dan seumpamanya memudahkan pembelajaran bahasa. Latihan yang lebih teratur dan interaksi yang bermakna dapat digiatkan dari segi pembelajaran bahasa.
  • Ahli wacana menganalisa dan  menghurai cara bahasa distruktur dan digunakan dalam pelbagai konteks. Ini membolehkan pengamal bahasa menggariskan sukatan dan bahan bagi pelbagai genre bahasa yang lebih relevan bagi keperluan pembelajaran semasa.
  • Pengetahuan analisis membolehkan kita menilai kemahiran berkomunikasi atau penggunaan bahasa yang mencakupi keupayaan interaksi, sistem tegur sapa, pembukaan dan penutupan perbualan serta penggunaan penanda wacana yang selaras dengan pelbagai konteks sosial.











Post a Comment

Previous Post Next Post