TAUTAN PERULANGAN


Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis tautan perulangan:

1. Tautan Perulangan Rujukan 
Kriteria penjenisan tautan perulangan meliputi bentuk, makna dan fungsi. Terdapat tujuh subjenis. Perulangan rujukan dibezakan daripada yang lain dari segi semantik. Unsur yang berhubungan dikaitkan kerana adanya makna rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama. Tautan perulangan rujukan ini boleh dijeniskan lagi kepada tiga jenis kecil, iaitu rujukan peribadian, rujukan, tunjuk dan rujukan bandingan. 

Contoh: “Perintah berkurung … tersebut.
… ini tidaklah…”

2. Tautan Perulangan Penggantian
Berbeza dengan jenis lain dari segi kriteria tatabahasa dan semantik. Tautan perulangan ini bercirikan tatabahasa berbanding dengan tautan perulangan rujukan. Unsur yang menggantikan dalam tautan penggantian mengekalkan golongan tatabahasa yang digantikan. Unsur ini hanya sebagai pancang kepada yang digantikan. Antara pancang dengan unsur yang digantikan mempunyai persamaan makna. Perulangan dalam konteks penggantian ini ialah perulangan makna. Perulangan ini boleh dibahagikan lagi kepada tiga jenis kecil, iaitu penggantian namaan, karyaan dan penggantian klausaan. 

Contoh: “…, parti-parti … semata-mata. Demikianlah kesimpulan… .” 

3. Tautan Perulangan Elipsis
Menyamai perulangan penggantian seperti yang telah disentuh sebelum ini dengan panggilan penggantian kosong. Dari jenis kriterianya pun sama, dan demikian juga penjenisannya. Yang jelas unsur yang digugurkan dapat diinterpretasikan berdasarkan unsur yang mendahuluinya.

Contoh: “… mengharamkan sajian…
… mengharamkan minuman-minuman keras… .”

4. Tautan Perulangan Leksikal
Dibezakan daripada yang lain dengan kriteria bentuk leksikal dan makna. Di sini bentuk yang diulang itu mungkin sama atau mempunyai akar kata yang sama, yang bersinonim, atau kata umum. Ulangan bentuk ini dan yang lain mempunyai makna yang sama. Dengan berdasarkan bentuk dan makna ini, perulangan leksikal boleh dijeniskan lagi kepada tiga, sepertimana yang di atas, iaitu yang mempunyai bentuk akar kata yang sama, bersinonim dan kata umum. Dalam kajian ini tiga jenis itu digabungkan di bawah jenis utama dari segi analisis. 

Contoh: “… suasana di Pulau Pinang… . 
… Polis Pulau Pinang… .”

5. Tautan Perulangan Parafrasa
Merujuk kepada perulangan makna yang sama bukan yang bertaraf leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Yang berbeza di sini dari segi bentuk susunan unsur yang bertaut itu.

Contoh: “… hingga masa-masa yang akan datang … 
… di masa depan.”

6. Tautan Perulangan Paralelisme
Merupakan kebalikan kepada perulangan parafrasa. Di sini merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan. Unsur yang bertaut ini bukan bersifat leksikal sehingga termasuk ke dalam tautan kolokasi antoniman, tetapi sekadar antara ayat atau unit teks yang pendek-pendek, atau subjek atau predikat sesuatu ayat sehingga terasa hubungan itu sesuatu yang signifikan. 

Contoh: Rezeki perlu dicari. Bala mesti dihindari.

7. Tautan Perulangan Struktur dan makna
Merujuk kepada unsur yang bertaut bukan bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi bentuk susunan dan makna. Jenis ini menyatukan aspek tertentu paralelisme dan parafrasa.

Contoh:  “… rasa saling mengerti antara kaum … .
… rasa saling mengerti antara kaum-kaum… .”

Post a Comment

Previous Post Next Post